Saturday, 14 January 2012

Jangan Kecewa Kerana Cinta



Jika kita mencintai seseorang

Kita akan sentiasa mendoakannya

Walaupun dia tidak berada disisi kita

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan

Dua tangan untuk memegang

Dua telinga untuk mendengar

Dua mata untuk melihat

Tetapi mengapa tuhan menganugerahkan sekeping hati pada kita??

Kerna tuhan telah memberi sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya

Itulah namanya CINTA

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba

Jangan sesekali kamu menyerah jika kamu masih merasa sanggup

Jangan sesekali kamu menyatakan tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakan nya

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan

Kepada mereka yang masih percaya,walaupun mereka telah dikhianati

Kepada mereka yang masih ingin mencintai,walaupun mereka telah disakiti sebelumnya

Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan

Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah

Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut

Tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya

Jika saja kehadiran cinta hanya sekadar untuk mengecewakan,lebih baik cinta itu tidak pernah hadir

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita,kerana kita tidak boleh selalu melihat kebelakang

Tapi pandanglah semua itu ke depan,pandanglah masa depan kita

Kita dilahirkan dengan dua buah telinga di kiri dan kanan

Supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari 2 buah sisi

Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar mana yang salah

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita.

Sehingga tidak peduli semiskin manapun kita,kita tetap kaya

Kerana tidak akan ada seorang pun yang akan mencuri otak kita,fikiran kita ,dan idea kita.

Dan apa yang anda fikirkan di dalam otak anda jauh lebih berharga dari emas dan perhiasan

Kita lahir dengan dua mata dan dua telinga,tapi kita hanya diberi satu buah mulut

Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam.

Mulut bisa menyakiti,bisa membunuh,bisa mengoda,dan banyak hal yang lainnya tidak menyenangkan

Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengar lah sebanyak-banyaknya

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia

Lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata itu pada pusaranya

Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya

Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu degan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat

Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,

sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mecintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah

mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis

Ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah

Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk di jari

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu betemu seseorang yang sangat bererti bagimu

Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkan nya pergi

Kdangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati sehinggalah kamu kehilangannya

Pada saat itu tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi

Ternyata senyuman dapat menjadikan seseorang terbuka hati nya

Cinta mungkin tidak akan berlangsung selamanya tapi ia akan bertahan

Bertahan

Begitu lama dan kuat hingga kita tahu bahawa dia mengkhianati cinta kita..


No comments:

Post a Comment