Kita telah terpisah,
Diantara langit dan bumi,
Maaf segala yang terlebih dan terkurang,
Lewat kata-kata dan tingkahku,
Segala yang ku lakukan demimu,
Supaya kau menjadi manusia,
Yang lebih berjaya dan berjiwa,
Telah kuhalal semua yang kuberi,
Usah sebut kata rindu,
Jangan bilang harimu,
Jadi tidak bermakna tanpaku,
Kerana ada aku dan tiada,
Seolah tidak meninggalkan bekas di hatimu,
Hilangkanku dari sisimu,
Hanya rasa kehilangan yang sementara,
Dan segalanya akan jadi seperti sedia kala,
Apabila di singgah hidupmu,
Ada yang lebih bererti daripada aku…..
Usah juga berkirim salam,
Usah lagi kau tatap gambar kenangan
Kerana ingatan terhadapmu,
Mahu kuusir jauh,
Sehingga tidak meninggalkan kesan,
Bukan benci atau dendam,
Menjadi api yang membakar diri,
Tapi hanya aku berkecil hati,
Padamu aku umpama yang terbit siang
Wujud tanpa diintai,sinar tidak di cari……..
IRA NADHIRAH
No comments:
Post a Comment